Etnik Kyrgyz menyerang etnik Uzbek Roza_Otunbayeva

Pada Jun 2010, rusuhan kaum berlaku di Osh dan Jalal-Abad dan menyebabkan 400,000 etnik Uzbek melarikan ke sempadan Uzbekistan. Seramai 198 terbunuh dan 2000 cedera. Roza menyatakan jumlahnya dikatakan 10 kali ganda data rasmi kerana mayat terus dikebumikan tanpa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Amalan ugama Islam menggalakkan jenazah dikebumikan secepat mungkin.

Pemimpin politik nasionalis Kyrgyz menyusun organisasi untuk mengusir etnik Uzbek dari kawasan mereka. Anak Kurman iaitu jutawan Maxim Bakiyev (32) disyakki menjadi dalang kerana menyalurkan wang kepada kumpulan perusuh . Buktinya ialah rakaman perbualan telefon antara Maxim dengan abangnya Janysh Bakiyev. Roza meminta Maxim diektradisi dari Britain ke Kyrgyzstan.[2]

Roza telah menghubungi Presiden Rusia Dmitry Medvedev dan Presiden Uzbekistan Islam Karimov untuk mendapatkan pasukan keamanan kerana polis dan tentera gagal mengawal keadaan . Polis juga tidak lagi dipercayai kerana turut aktif dalam pembunuhan etnik Uzbek.